Friday, April 19, 2019

Pengalaman Shopping Daripada Amazon


Alhamdulillah akhirnya saya dapat jugak parcel yang saya beli dari Amazon. Walaupun trauma masih ada saya harap boleh move on.. hahaha.. Sebenarnya shipping dari US ke Malaysia sangat pantas. Saya order 2 hb Apr dan barang saya sampai kat PJ pada 8hb Apr. Yang jadi masalahnya nak tunggu delivery dari PJ ke Semenyih.. it takes forever! Untuk info Amazon menggunakan khidmat courier Aramex untuk shipping barang. Ni first time saya dengar nama courier ni. Bila saya google je Aramex, Ya Allah.. seram gile terlalu  banyak bad reviews ok.. memang ngeri sangat saya baca. So because of that saya dah ada letak worst expectations terhadap delivery barang saya. Tunggu punya tunggu sekali 13hb April status kat tracking kata out for delivery. Kita ni tunggulah bagai nak rak kat rumah. Nak pergi dapur ke bilik air pun takut2.. takut tak dengar diorang datang..

Seharian tunggu tak jugak kunjung tiba.. So hari Isnin 15hb saya call Aramex dia kata puan tunggu je sampai pukul 6.. hari ni ada delivery.. Tapi hampa.. Keesokannya saya call lagi. Kali ini baru saya tahu rupanya barang saya diambil oleh Nationwide Express untuk deliver kat saya. Meaning Aramex sub kepada third party untuk hantar. Nationwide call saya dan kata barang dah ada kat Semenyih,  puan tunggulah untuk delivery. Nothing. Begitu jugak pada keesokan harinya.. Sedih saya tau... Tunggu punya tunggu.. kalau tak boleh hantar cakap je lah kan.. Saya tunggu lagi keesokannya hari Khamis 18hb.. sampai pukul 3 petang takde datang2 jugak.. waktu tu saya dah give up dah.. malas dah nak tunggu..

Tiba2 saya dapat panggilan daripada Nationwide, dia kata boss dia suruh call pastu dia tanya puan urgent ke nak barang ni sbb kitorang tak boleh hantar hari ni.. Saya pun kata takpe saya ambik sendirilah.. Kebetulan office diorang dekat je dgn rumah saya.. 10 minit je.. bayangkan.. kalau diorang call bagitau awal2 lagi dah lama saya pergi ambik! Sampai sana diorang bagi saya cuma satu parcel..(hoop) sahaja. Saya kata saya ada dua parcel. Diorang kata tak boleh cari sebb takde tracking number. So saya baliklah dengan perasaan hibanya huu... Call balik Aramex diorang kata barang saya sesat kat Shah Alam..Hmmm terus saya rasa down..Time tu saya cuma tawakal je pada Allah mintak permudahkan urusan.. Kemudian tak lama lepas tu Nationwide Semenyih call lagi, dia kata puan saya dah jumpa barang puan. Sebenarnya dia tengah cari barang orang lain.. tiba2 ternampak nama saya kat parcel... Masa tu entahlah tak tahu nak cakap apa.. Saya pergi kat office tu sekali lagi.. Nasib baiklah dekat je.

Walaupun saya dapat jugak barang2 yang saya order tu, tapi saya dah takde perasaan excited lagi. Keseronokan membeli belah tu dah dimatikan oleh perkhidmatan courier yang tak profesional.. So, adakah saya akan membeli dari Amazon lagi.. Tidak buat masa sekarang dan mungkin untuk satu jangka masa yang lama.. Atau saya akan beli tapi guna perkhidmatan courier yang lebih dikenali dan lebih efisien.

Thursday, December 20, 2018

Anchor Scarlatti


Hai..bersiaran kembali..Teruja saya nak post finished project yang terkini.. Anchor Scarlatti! Akhirnya siap jugak..saya sendiri pun macam tak percaya.  Anchor Scarlatti ni dah lama ada dalam wishlist saya. Yelah saya ni peminat tegar bunga poppy. Yg buat sy semangat nk buat sbb tgk wip Balkis yudastitch. Semangat punya pasal sy terus je mulakan tanpa selidik chart dia dulu..

So tgh syok2 jahit barulah tersedar rupanya design ni ada banyak FRACTIONS! Gila banyak ok! Aduiii..dahlah guna 16ct rasa cam kecik gila time nak jahit 1/4stitch tu hampir tak nampak..Mulanya sy positif tp tak lama lepas tu rasa nak give up..Hmm camtulah sy teruskan projek ni..kejap ok kejap rasa nak berhenti.Lepas sebulan lebih camtu saya stop projek ni utk masa yg agak lama..Selain tak nampak..kaler merah yang terang benderang tu agak menyakitkan mata..So switch projek lain pulak..

After a while, sy berhenti buat cross stitch utk tempoh yg agak lama..3 bulan gitu..mmg masalah mata dan saya pun dah agak bosan buat cs..huhu..Lepas sy tukar spek baru, barulah sy sambung balik..sy siapkan bunga2 dulu baru sy cuba habiskan yg lain2.. Lepas siap semua cs dan half stitch, penyeksaan backstitch pun bermula..😂 

Wow! bs dia jenis yang cucuk kat tgh2 kain ok..dan jugak kat tgh2 stitches.. bs dia pendek2.. bergerak setengah kotak setengah kotak..kau rasa? Tak menghairankan sebenarnya sbb sy dah biasa bs mcm ni dlm design anchor tp sblm ni semua design kecik2 je..bila kena buat design besar atas kain 16ct pulak tu...mmmm mmg taktau nk kata apa..hadap jelah kan..awal2 tu sy bs sikit sakit mata..pastu sy merenung kosong kat kain 10 minit..skroll phone..jahit balik sikit..mcm tulah seterusnya sampai siap.. Aduh letih.. dah 3 hari siap pun blm hilang letih lagi😂.. 

Tapikan di sebalik semua tu..nilah kemanisannya..cantik giler ok..bunga poppies yg cantik tambahan ada cherries kat bawah tu..teko dan pasu tu..kira mmg perfect la design ni bagi saya! Actually to be fair kesusahan yg sy rasakan tu mainly sbb faktor umur kot.. kalau sy buat ni 20 tahun lepas mungkin takkan ada masalah ni semua..😂
Lastly..silalah nikmati gambar2 Anchor Scarlatti kat bwh ni..Enjoy!





Monday, April 30, 2018

Sewing Projects

1st entry 2018.. Tahun ni azam nak memperbanyakkan projek jahitan..Nak belajar teknik jahitan yang berbeza2 dan cuba nak kemaskan jahitan.. Setiap tahun pun azam yang sama jugak hehe.. tapi tahun ni insyaallah lebih komited.

Asalnya Alisha mintak baju off shoulder tapi saya tahu kalau buatkan belum tentu dia pakai nnti kena ejek dgn abang2 dia..baju ni dia jarang pakai..malu kena ejek.. padahal baju ni lbh kurang mcm sleeveless je..hehe.. suka jahit pattern ni Evelynn by VioletteFieldThreads..banyak teknik jahitan yang saya belajar..

Alexandra by VioletteFieldThreads.. Saya suka collar dia..ada bow..next time nak buat lagi..buat dress ni nak test fitting je lagipun  kain polkadot tu sangat tak best..kejung pastu kedut sesangat.. dah gosok pun camtu jugak tapi guna jelah sbb misi nak habiskan stok kain..huhu

Petite Four by Duchess and Hare. First time beli pattern DH ni..best jugaklah..saya suka pattern dia moderate fit, sesuai utk Alisha yang dah bambam ni..huhu.. Bodice melengkung dan ada tiny ruffles makes pretty details.. cap sleeve pun best.. Pattern ni ada dua variation,satu lagi scallop option.. memang nak buat tapi takde kain yang sesuai..

Ada beberapa lagi baju yang dah siap tapi tak sempat ambil gambar lagi..Next time insyaallah.. Harap2 ada lah mood nak tulis entry lagi..

Saturday, August 26, 2017

WIP Peonies and Canterbury Bells

Lamanya tak update...😁😁😁
Sekarang sy tgh sambung wip ni.. peonies.. seksa jugaklah nak jahit atas 18ct skrg ni.. mata pun kdg2 gatal..

Sy try post ni guna handphone je.. malas nk taip kat pc..tgklah kalau rajin nnt sy update lagi..

Wednesday, December 14, 2016

Finished Projects 2016

Salam... hai... sekali sekala kita bersiaran.. Dah sampai penghujung 2016 dah..Tak sempat nak post satu satu project so kita wrap je lah... Project CS yang siap sepanjang tahun ini.. Saya tak ingat sangat project mana yang siap dulu.. so kita rojak je lah...

Fleurs de Paris by Dimensions stitched on 14ct aida.. CS ni saya jahit time lunch hour kat ofis masa kerja dulu..senang je design ni.. 

Peonies and Delphiniums stitched on 18ct aida.. yang ni saya punya.. dua kali jahit design yang sama..rasa nak muntah pun ada..hehe.. masa first jahit utk tempahan dulu saya stuck kat backstitch..so utk saya punya ni, saya backstitch sambil2 supaya taklah peram lama sangat..

Butterfly Forest by Dimensions stitched on 14ct aida.. Suka sangat design ni.. tak ambil masa yg lama sangat sbb banyak half stitch..

Teapot collections by DMC stitched on 16ct aida.. Stitched for competition, saya rasa saya punya hasil ni just cukup syarat je.. Peluang menang agak tipis la jugak sbb penyertaan untuk kategori ni sangat banyak.. lagipun saya takde tambah apa2 pun samada special stitches atau guna specialty threads.. so takdelah markah untuk creativity..redha jelah janji siap...

Lastly, Teatime Welcome by Dimensions stitched on 18ct aida.. Siap akhirnya.. Design ni sangat cantik..tak jemu mata memandang... 

Bawah ni project kecil-kecilan.. Kiri the cat dan Somebunny to love saya dapat free kit drpd majalah Cross Stitch Card Shop.. Dah bertahun-tahun dapat, baru terasa nak jahit.. So there, antara hasil cs tahun ini. Ada lagi yang kecik2, tak sempat snap gambar dah bagi kat cikgu cikgi masa teacher's day.. Oh.. one more thing..ni finished je..tapi sebenarnya dah jadi wip selama bertahun2..hihi.. yang betul2 start tahun ni dan habis tahun ni cuma teapot tu je plus yang kecik2 tu..
Kiri the Cat

Somebunny to love

Thimble cross stitch..



Thursday, November 10, 2016

WIP ~ DMC Cross Stitch Competition


Salam...

Hai tak sangkalah pulak kan terjebak dalam competition. Selama beberapa kali diadakan, saya tak pernah take part... Malas sesungguhnya dan tak nak stress.. Nak jaga kekemasan depan dan belakang (which is quite troublesome for me) dan juga nak siapkan sebelum deadline.

Setelah sebulan lebih akhirnya siap juga, baru siap crosses sahaja...hahaha.. belum backstitch lagi..Sepanjang jahit ni macam macam dugaan..dengan ketiadaan air yang agak lama, batuk demam lagi..memang semangat menjahit ni agak down...

Actually kain yang diberi dalam kit ni adalah preprinted 11ct.. tak susah menjahitnya tak perlu menanda... but since saya tak suka kain besar2 saya jahit atas 16ct.. tp tulah buat grid pun banyak salah kira.. haha.. comot sangat siap tertumpah air lagi atas ni.. takpe basuh nnti cantik la dia..

Masuk competition ni actually sebab kena push 3 penjuru.. sisters kat haby campur my husband sekali... amboiiii kemain lagi suruh kita masuk ye...hmm takpelah..lega banyak dah ni sbb dah siap cs.. hopefully dapat meet deadline hujung bulan ni... Tak sabar nak siapkan sebab saya ada berderet wip lagi...sambung lagi lain kali...


Saturday, October 29, 2016

Butterfly Beauty

Another dimension kit added to my collection. Sy beli dr ebay 19 oct lepas dan tak sampai 10 hari dah selamat sampai ke rumah.. Alhamdulillah..usually I have to wait 2 to 4 weeks..kira ni parcel delivery paling cepat dr us..😍😍😍

Dah lama puasa beli kit dekat tiga tahun dah kot..jadi bolehlah tambah koleksi lagi..hehe..


Tuesday, July 14, 2015

Dimensions Rose Cuttings



Assalamualaikum.. hai...
Lama sungguh tak update.. Akhirnya siap juga.. First completed project in 2015. Makan masa setahun juga.. Oh lamanyaaa....Tak perlu diperkenalkan lagi Dimensions kit Rose Cuttings ni memang sangat famous. Insya Allah cuti raya ni, nak hantar frame. Akibat simpan terlalu lama, kain cross stitch ni dah naik tompok2 kuning. Basuh pun tak hilang. Letak vanish pun tak hilang.. huhu. Nasib baik pattern ni colour dia mcm romantic, karat2 sikit.. so tak berapa perasan sangat tompok2 kuning tu.. Okaylah.. Layan...






Tuesday, May 19, 2015

Basic Dress





Salam.. Cuti Labour Day hari tu dapat la jahit baju kat budak kecik ni...pattern basic je ni... Saja nak buat labuh, tambah ruffles kat bawah tu...Alisha ni cepat meninggi. Kalau tgk, org ingatkan dah 6 tahun, padahal baru je 4 tahun.. Dia suka sangat sebab skirt kembang.. Selalu je perasan princess.. Best sekali sekala jahit kain cotton.. senang je.. Ada sehelai lagi dress Alisha, tapi tak sempat nak tangkap gambar.. Next time la pulak...



Thursday, April 2, 2015

In Progress


Hai.. malu nak tunjuk WIP ni, dah setahun lebih dah rasanya, tapi belum siap2 lagi... Seingat saya, paling banyak saya dapat stitch bunga rose ni masa cuti Hari Raya tahun lepas. Sekarang ni saya ikut jejak langkah adik stitcher saya, Ina jahit waktu lunch time kat office. Tapi tak dapatlah jahit sampai sejam, 10 minit je kot... hehe.. jadi lah kan...Cuma tinggal half stitch dan back stitch je, tu yang boring tu.. So in the meantime, saya dah bukak satu lagi plastik dimensions... jeng jeng.. tambah WIP lagi... Okay then, till next time...



Saturday, March 7, 2015

I'm back...

Salam... hai... lamanya tak bersiaran... rindu sebenarnya nak kat blog ni... Dah lama saya menyepikan diri sejak kembali ke dunia pekerjaan. No longer SAHM, the best job in the world... Bila usia di ambang 40 ni, macam2 dugaan yang menimpa, dan tak semena2 sekelip mata dunia kita berubah.. Tapi alhamdulillah, kena bersyukur dgn ujian yang Allah berikan... ada hikmah disebalik semua yang berlaku..

I'm moving on... dah setahun berlalu, tak banyak hasil tangan yang dapat saya kongsikan... Masa sangat terhad.. dah tua2 ni tak boleh lagi nak stay up berjaga utk menjahit atau bercross stitch...Waktu siang dah tentunya ngadap komputer je... huuu...  Untuk kali ni, ni je dapat saya tepek kat sini, baju A line untuk Alisha, Laura Dress.. Suka kain love2 ni sweet je, beli kat Nilai 3...

Kat bawah tu, hasil cross stitch yang dah lama siap.. baru frame kat Haby...Masa tempah tu tak tau harga.. Once dah siap, bila dia bagitau harga, rasa cam nak tersedak je.. ni lah frame yang paling mahal pernah saya tempah tau... tapi takpelah kan.. janji berbaloi...

Ok bye..Sambung lagi next time....




Monday, January 13, 2014

Simple Sewing..


Assalamualaikum.... 

Azam tahun ni, khas utk sewing department hehe, saya nak tambahkan lagi ilmu jahitan ni, banyak lagi yang saya belum explore.. Dari dulu teringin nak jahit pattern yang mencabar, but I always go back to making simple clothes to Alisha... balik2 peasant, sebab tu yang paling senang... Dua project ni pun antara yang senang, kalau dah mahir dgn tekniknya...

sukanya dieeee...

Pattern ni memang simple... set in sleeves, guna satu pola je utk depan belakang, tak payah lining, tak payah lipat hem bagai.. senang.. buat rolled hem kat mesin jahit tepi, seronok lah.. asyiiik... lepas cantum terus buat shirring kat leher dan pinggang.. siap.. senangkan.. tapi tulah kalau terror... saya buat jahit tepi halus tu pun berapa kali asyik buh benang.. dahlah tak suka nak threading benang mesin jahit tepi...Buat shirring guna benang getah tu pun tah berapa kali tak jadi... haha.. agaknya masa buat tu over confident kot... tu yg jadi mcm2 hal...


Milik siapakah pipi ini.. hehe



Ini pulak basic dress.. simple je.. Pattern Geranium oleh Made by Rae.. saya suka sebab bodice dia elok padan je dgn Alisha.. Dalam pattern ni ada dua option, satu gathered skirt, satu lagi pleated skirt... Saya tak berapa berkenan pleated skirt, belum pernah buat lagi.. insyaaAllah tahun ni nak cuba, mana tau kot2 cantik.. hehe.. Dan mungkin saya nak cuba jugak pattern Olabelhe yang kesemuanya pleated skirt.. Tak rajin sebenarnya, sebab pleat ni makan masa.. tapi kalau tak cuba, tak tau kan.. entah2 seronok pulak.. hiiii..




Oklah.. layan je gambar Alisha yang tiba2 tak reti nak posing.. ayah dia kata fake smile.. sebab ayah dia yang ambik gambar.. kalau mama yang ambik, ok jer... :D



Monday, December 30, 2013

Romper pulak..


Sekali sekala merempit ni best jugak.. hehe.. Kali ni jahit romperlah pulak.. first time ni... Kalau ikutkan saya tak berapa minat romper atau overall.... Masa Alisha kecil pun saya, saya tak pernah belikan onesie.. Tapi tiba tiba pulak terasa nak jahit romper.. Best jugak baju macam ni... senang, sekali sarung je baju dgn seluar.. hehe.. layan je gambar2 Alisha ni.. lama betul dia dera mak dia baru boleh tangkap gambar.. huhu.. 





Wednesday, December 25, 2013

Sewing for baby..



Assalamualaikum... 

Welcoming baby baru in the family, anak sulung adik saya.. saya jahitkan dress ni as a gift.. First time jahit baju baby sekecil ini bersaiz 3 bulan.. saya tak pasti sama ada 0-3 months ataupun 3-6 months sebab dalam pattern cuma tulis 3 months.. Pattern ni daripada Mama RaeAnna, the Bumblebee dress.. Comel kan... Since ini kali pertama buat baju kecik mcm ni, saya terlepas pandang part sleeves tu... mak aiiii.. susahnya nak sambung.. kecik bebeno... utk alisha pun saya belum pernah buat baju sleeve mcm ni.. 

Kain ni sebenarnya adalah hadiah daripada Ina, adik stitcher yang tersayang.. surprise gift, saya pun tak sangka, tau2 aje dapat kiriman bungkusan daripada Ina, 5 helai kain DC.. cantik2 semuanya...kain ni sebenarnya sayang nak guna, tapi dah terbayang2 sangat sweet kain ni kalau buat baju baby...


Kebetulan pulak ada butang yang matching dgn colour baju.. suka2...butang ni pun ada 2 je yang sama.. saya beli button campur2 dlm balang, susah nak cari yang serupa...


Suka part ruffle tu... tapi ni pun byk kali tetas.. hihi...saya kecilkan sikit saiz ruffle tu, sbb susah nak sambung lengan... Belum lagi berpeluang ambik gambar baby pakai baju ni.. Adik saya kata, besar sangatlah baju ni kak... 

So saya buat satu lagi dress saiz newborn.. ni saiz bodice paling kecik yang saya ada... setengah meter je dapat sehelai dress... kecik beno.. comel sangat... sukalah jahit baju baby.. macam baju doll pulak.. pastu terus teringin nak beli doll kat alisha... hehe




Saturday, December 7, 2013

Projek Baru Bermula..


Peonies and Delphiniums..
Projek tempahan baru oleh my one and only customer... ;)


Start projek pada 12 Oct 2013.. Masa tu belum habis Maggie lagi... tengah serabut dgn Maggie, berehat sebentar dan mulakan kit yang baru... yeaayy.. baru rasa happy...
 

Konon2 nak try Qsnap... tapi.. uhhh tak suka.. sbb qsnap kecik je, kain besar gadang.. mmm memang tak sesuai... kembali menggunakan hoop...


Tengah2 jahit saya terperasan, kenapa warna benang ni sangat light.. kalau tengokkan gambar sepatutnya warnanya terang... Jadi saya comparekan dgn benang dari kit saya sendiri.. Nombor code yang sama, tapi warna tak serupa... Wah first time terjumpa kesilapan sebegini, lalu saya gantikan dgn benang DMC yang sama warna dgn sepatutnya...


Apa lagi.. rippit dong! Mujur tak banyak sangat.. Perangai saya, bila dah kesan kesilapan, terus je bukak balik dan betulkan.. Saya tak suka simpan lama2..geram... Dulu2 selalu buat silap, sebab saya tak menanda pada kain.. tapi sekarang ni jarang sekali silap kira... biar kain comot takpe.. daripada salah kira, lagi penat nak betulkan balik...


WIP setakat 27 November... mengisi tempat kosong dgn half stitch... Pada saya sangat mencabar bila half stitch bercampur2 dgn cross stitch... kalau setakat background je takde masalah, tapi dlm bunga dan celah2 bunga pun ada halfstitch.. so mata kena peka sikit... Lambat jugak progress saya.. baru 10 peratus.. nak kena speed sikit... banyak lagi kit yang menanti...  :D



Tuesday, December 3, 2013

Ginger Dress


Hai.. lama betul menyepi, takde aktiviti yang best.. Sekarang pun musim hujan, line internet pun kejap ada kejap takde... Aktiviti saya di musim cuti sekolah ni, sama je mcm sebelum cuti... Segala rancangan terbantut disebabkan kereta rosak.. Pandai betul kereta rosak time2 mcm ni.. Tapi takpelah, dua beradik tu ikut maktok balik kampung.. tinggallah saya dgn sikecik ni.. Jiran saya buat kenduri kahwin baru2 ni, so saya pun buatkan baju utk sikecik ni.. Sesuailah sangat baju halter utk kenduri kahwin.. haha suka hati makcik je lah kan... Belum pandai buat baju kurung, so dress pun jadi lah..


Pattern ni memang saya berkenan sangat2 tang collar tab dia tu.. Saya pernah beli baju Baby Kiko lebih kurang macam ni tak lama dulu.. Best rasanya boleh remake baju yang seakan2.. Pattern ni bernama Ginger daripada VioletteFieldThreads, salah satu designer favourite saya... 



Nilah posing2 gediks si Alisha ni... suka sangat dia dgn baju ni... cantik lah sikit kot, drpd baju yang biasa2 mak dia buat.. hihi... Dia suka skirt kembang2 gini.. budak2 pompuan memang suka twirling agaknya... Next time nak cuba circle skirt pulak... Nak cerita jugak, kain ni drpd Joanns.. Kebetulan adik saya pergi US, dia offer nak beli apa, hotel dia dekat dengan Joanns.. Dapatlah kirim beli kain beberapa yard, kebetulan tengah sale pulak tu.. tapi beli sikit je... Pada saya kualiti kain Joann ni kurang sikit dari DC, padahal harga lebih kurang sama... So, itu je lah... sambung lagi projek dari bilik jahit pada lain waktu (walaupun sebenarnya tak ada bilik jahit, hehe)... Have a nice day everyone ^_^




Sunday, November 10, 2013

Maggie The Messmaker ~ Finished


Rasa macam tak percaya je akhirnya siap juga gambar kucing ni... Secara keseluruhan, saya boleh katakan inilah pattern Dimension yang paling mencabar pernah saya jahit.. Bukan kerana teknikal pada cross stitch ini.. half stitch, blending, couching, cording.. semua tu susahnya sekejap je.. Once kita dah praktis, kita jadi terbiasa... Tapi yang susah pada projek ini ialah chart cs tu sendiri...memang susah betul nak baca..

Oh well, disebabkan ni projek tempahan, tak boleh lah nak give up dan simpan dalam almari kan... cuba dan cuba juga... dan alhamdulillah berjaya siapkan.. walaupun malu dgn empunya Maggie ni, betapa serabutnya benang kat belakang tu.. First time buat cording, tak tau nak start.. last2 buat knot kat belakang.. tapi terlalu membonjol pulak.. terpaksa pandai2 alter kat belakang tu... harap2 ok bila frame nanti...

Hmm.. so layan je lah gambar2 ni... saya tak edit gambar2 ni semua... colour dia memang cantik sangat... first time husband saya tengok ni, dia puji cantiknya.. Kalau OS tu kena tanya banyak kali.. cantik tak bang, cantik tak... errmmm bolehlah... hehehe... Ambil gambar byk2 sikit... kalau rindu kat Maggie nanti, cuma boleh layan gambar je... Rasa2nya saya tak buat lagi dah kot.. cukuplah sekali...