Thursday, December 20, 2018

Anchor Scarlatti


Hai..bersiaran kembali..Teruja saya nak post finished project yang terkini.. Anchor Scarlatti! Akhirnya siap jugak..saya sendiri pun macam tak percaya.  Anchor Scarlatti ni dah lama ada dalam wishlist saya. Yelah saya ni peminat tegar bunga poppy. Yg buat sy semangat nk buat sbb tgk wip Balkis yudastitch. Semangat punya pasal sy terus je mulakan tanpa selidik chart dia dulu..

So tgh syok2 jahit barulah tersedar rupanya design ni ada banyak FRACTIONS! Gila banyak ok! Aduiii..dahlah guna 16ct rasa cam kecik gila time nak jahit 1/4stitch tu hampir tak nampak..Mulanya sy positif tp tak lama lepas tu rasa nak give up..Hmm camtulah sy teruskan projek ni..kejap ok kejap rasa nak berhenti.Lepas sebulan lebih camtu saya stop projek ni utk masa yg agak lama..Selain tak nampak..kaler merah yang terang benderang tu agak menyakitkan mata..So switch projek lain pulak..

After a while, sy berhenti buat cross stitch utk tempoh yg agak lama..3 bulan gitu..mmg masalah mata dan saya pun dah agak bosan buat cs..huhu..Lepas sy tukar spek baru, barulah sy sambung balik..sy siapkan bunga2 dulu baru sy cuba habiskan yg lain2.. Lepas siap semua cs dan half stitch, penyeksaan backstitch pun bermula..πŸ˜‚ 

Wow! bs dia jenis yang cucuk kat tgh2 kain ok..dan jugak kat tgh2 stitches.. bs dia pendek2.. bergerak setengah kotak setengah kotak..kau rasa? Tak menghairankan sebenarnya sbb sy dah biasa bs mcm ni dlm design anchor tp sblm ni semua design kecik2 je..bila kena buat design besar atas kain 16ct pulak tu...mmmm mmg taktau nk kata apa..hadap jelah kan..awal2 tu sy bs sikit sakit mata..pastu sy merenung kosong kat kain 10 minit..skroll phone..jahit balik sikit..mcm tulah seterusnya sampai siap.. Aduh letih.. dah 3 hari siap pun blm hilang letih lagiπŸ˜‚.. 

Tapikan di sebalik semua tu..nilah kemanisannya..cantik giler ok..bunga poppies yg cantik tambahan ada cherries kat bawah tu..teko dan pasu tu..kira mmg perfect la design ni bagi saya! Actually to be fair kesusahan yg sy rasakan tu mainly sbb faktor umur kot.. kalau sy buat ni 20 tahun lepas mungkin takkan ada masalah ni semua..πŸ˜‚
Lastly..silalah nikmati gambar2 Anchor Scarlatti kat bwh ni..Enjoy!





1 comment:

  1. memang cantik kak.. berbaloi jugaklah penyeksaan itu.. hihihi.. warna merah dia memang mengancam.. kalau saya mungkin kena pakai kanta pembesar.. rindunya cs.. huhuhu... projek lama dah 10 thn kot x siap2 lg kak. hahahaa

    ReplyDelete