Showing posts with label Gifts. Show all posts
Showing posts with label Gifts. Show all posts

Wednesday, December 25, 2013

Sewing for baby..



Assalamualaikum... 

Welcoming baby baru in the family, anak sulung adik saya.. saya jahitkan dress ni as a gift.. First time jahit baju baby sekecil ini bersaiz 3 bulan.. saya tak pasti sama ada 0-3 months ataupun 3-6 months sebab dalam pattern cuma tulis 3 months.. Pattern ni daripada Mama RaeAnna, the Bumblebee dress.. Comel kan... Since ini kali pertama buat baju kecik mcm ni, saya terlepas pandang part sleeves tu... mak aiiii.. susahnya nak sambung.. kecik bebeno... utk alisha pun saya belum pernah buat baju sleeve mcm ni.. 

Kain ni sebenarnya adalah hadiah daripada Ina, adik stitcher yang tersayang.. surprise gift, saya pun tak sangka, tau2 aje dapat kiriman bungkusan daripada Ina, 5 helai kain DC.. cantik2 semuanya...kain ni sebenarnya sayang nak guna, tapi dah terbayang2 sangat sweet kain ni kalau buat baju baby...


Kebetulan pulak ada butang yang matching dgn colour baju.. suka2...butang ni pun ada 2 je yang sama.. saya beli button campur2 dlm balang, susah nak cari yang serupa...


Suka part ruffle tu... tapi ni pun byk kali tetas.. hihi...saya kecilkan sikit saiz ruffle tu, sbb susah nak sambung lengan... Belum lagi berpeluang ambik gambar baby pakai baju ni.. Adik saya kata, besar sangatlah baju ni kak... 

So saya buat satu lagi dress saiz newborn.. ni saiz bodice paling kecik yang saya ada... setengah meter je dapat sehelai dress... kecik beno.. comel sangat... sukalah jahit baju baby.. macam baju doll pulak.. pastu terus teringin nak beli doll kat alisha... hehe




Thursday, May 23, 2013

Hadiah Hari Guru




Hadiah hari guru tahun ni, kad ucapan bercross stitch.. Takde idea dah nak bagi hadiah apa.. Ni hadiah abang untuk cikgu2nya, satu utk cikgu sek kebangsaan dan satu lagi untuk ustaz sekolah agama.. Adik pulak tak nak bagi kad, dia nak bagi mug.. Pada awalnya saya nak buat keychain, tapi penyakit M dah bersarang, end up buat kad je... kad shining tu adalah free gift majalah cross stitch, siap ngan envelope sekali.. kira oklah tu..

Last week saya terbaca post kat fb yang suggest kalau bagi hadiah kat cikgu, janganlah bagi hadiah dua ringgit.. bagilah yang mahal sikit.. lepas tu ada mcm2 reaksi terhadap pandangan tersebut.. Pada saya, tak kisahlah, ikut kemampuan parents lah kan.. yang penting ingatan murid kat cikgu tu... Sebab tu setiap tahun saya bagi handmade gift utk cikgu2, sesuatu yang tak boleh dinilaikan dengan wang.. Seingat saya, masa sekolah dulu, cikgu2 yang selalu bagi hadiah kat anak murid.. saya cuma bagi hadiah kat cikgu2 bila tukar sekolah je.. sekali lepas SRP dan sekali lepas SPM.. Masa tu belum jadi kebiasaan bagi hadiah kat cikgu kot.. Lagipun budak asrama kan, bukannya banyak duit dan susah nak keluar shopping. Namun begitu, hadiah paling besar yang boleh kita bagi kat cikgu ialah cemerlang dalam pelajaran.. Itu dah cukup untuk gembirakan hati guru dan menunjukkan apresiasi kita pada cikgu...

Selamat Hari Guru  xxx



Wednesday, April 20, 2011

A Gift to a Cross Stitcher

Walaupun tak pernah jumpa dan bertentang mata, tapi rasa macam dah lama kenal... Dah lama nak bagi gift kat Yati ni... dah dekat setahun.. alamak!! masak lah  nunggu ye... Gift ni utk meraikan persahabatan di antara stitchers, seronok jumpa org yg sama hobi dgn kita, walaupun di alam cyber... Terimalah seadanya hadiah dari kak Nisa yg tak seberapa ni... some kitchen accessories and some cross stitch things.. (Dah selamatpun sampai kat tuannya...) Ucapan utk Yati, Keep Calm and Cross Stitch :D 



Monday, April 11, 2011

FF Lovely Couple

 



Nampak cantik tak lepas frame? Nasib baik dah ada nama tu... kalau tak cik Yoon dah rembat dah... Ni sebenarnya wedding gift utk jiran saya... dah agak lewat dah nak bagi hadiah, but who can resist the lovely Forever Friends kan?? Kenduri pun tak dapat datang, tgh pantang lagi masa tu... Anyway, ucapan utk pengantin baru, Semoga berbahagia hendaknya hingga ke akhir hayat... Amin

Thursday, May 20, 2010

Hari Guru




Hari ni ada Sambutan Hari Guru kat sekolah. Hadiah utk cikgu SRK dan SRA. Happy Teacher's Day...

Monday, May 17, 2010

Happy Teacher's Day



Butterfly sachets utk cikgu2 Aliff di Tadika Perpaduan... Selamat Hari Guru...


Friday, March 5, 2010

Pretty in Pink




Utk baby girl lagi, order from my sis. Cutenya colour pink!!.. Lama jugak nak siapkan ni, sbb pink always makes me sleepy... hehe... Actually, ni kali kedua saya stitch pattern ni... First, stitch utk jiran, buat small pillow. Ingat tak nak stitch lagi benda ni, coz it's quite intricate, byk fractions, backstitch, french knots... Tapi bila dah siap, hmmm it's really worth it!!...

Monday, February 8, 2010

Gift for Baby Girl




Lepas 2 bulan setengah dilahirkan, baru saya dapat siapkan hadiah utk baby... Mana taknya dok asyik sangat menjahit SAL Spring... hehe... Farisya ~ anak keempat abang sulung saya, cucu perempuan pertama dlm famili (selepas 7 org cucu lelaki)... Baby sampler Forever Friends tu saya jadikan bantal kecik jer... Disebabkan kekurangan finishing idea and a very very low machine sewing skills hehe... Takut sebenarnya nak guna mesin jahit.... And the other one, bear and a fairy as a present for the special baby girl.....