Monday, January 31, 2011
Cheeky Monkey
Monkey alphabet ni utk Haikal, atau nama penuhnya Ali Haikal... Dia mintak buatkan sarung kusyen. Mula2 nak spell Haikal, tapi katanya 'nanti lambat siap, mama'... Macam tau2 je...Memang betul pun... Nampak mcm simple, tapi byk tukar benang... Saya jahit atas 11ct guna 3 strands benang... Dah lama tak guna kain lubang beso2 ni rasa takde mood nak jahit, tapi bila siap cantik jer... :)
Labels:
Cartoons
Thursday, January 27, 2011
Kokeshi Dolls
I haven't been stitching much lately, tak larat dan takde mood... CS ni dah lama siap...saya stitch lepas habis KD, tak decide lagi finishing nak buat apa... Buat keychain boleh kot, sbb kecik je, saya jahit atas 18ct...
Friday, January 21, 2011
Forever Friends lagi...
Sesuai tak utk Wedding Sampler? Simple tapi cute kan....
This fabulous design is from World of Cross Stitching Magazine Jan issue...
Labels:
Cartoons
Wednesday, January 19, 2011
Benang oh Benang
Semua dah tau kan, benang DMC dah naik harga dari RM1.50 ke RM1.80 satu skein. Manjang je naik harga kan... Lepas ni khabarnya harga kain2 DMC pun akan naik jugak... Baru je beli benang2 Anchor ni dan harganya tak berubah, masih lagi RM1.30 satu.
Monday, January 17, 2011
Nelson and Tibbs
Projek pertama selepas habis Autumn ialah melayan kehendak anak2. Of course this one is for Aliff... Bila tanya kat Haikal, abg nak tak? Dia menyepi je... pandang sebelah mata... tak nak lah tu... Dah lama nak buat pencil case ni, tapi.... ehem tau2 jelah... Satu malam je nak jahit pencil case ni... tupun bila break kejap ada pulak 'supervisor' datang check... dah siap dah? Belum... sempat jugak dia komen blanket stitch yang tak perfect tu... 'Kenapa mama jahit ada besar ada kecik?' Mama tak berapa pandai sangatlah....hehe
Boring bila budak2 pergi sekolah, tambahan pulak sekarang saya dah tak hantar diorang ke sekolah, naik bas je... Pergi pukul 7 pagi, balik 7 petang... Balik rumah jap tengah hari, salin baju... Kesian jugak kat diorang kadang2... Malam kena buat homework lagi... Takpelah... kita dulu2 pun camtu jugak kan...
Labels:
Cartoons
Subscribe to:
Posts (Atom)