Wednesday, March 13, 2013

Maggie Update ~ 13th March



Saya rasakan progress kali ni agak slow sikit... mula2 saya sambung jahit sebelah atas, tapi byk sangat tukar benang, saya sambung pulak jahit body kucing tu dan bhg bawah meja... Sebenarnya, saya pun ada rasa frust jugak sebab beberapa kali kena tetas.. ada salah kira, ada sekali tu, salah kaler benang... nak tetas pun kena hati2, bukan senang nak tetas jahitan atas 18ct ni.. sekali tu, saya dah tetas, tapi saya ulang balik kesalahan yang sama... so kena dua kali tetas...nampak sangat tak fokus kan? nak biar je tak boleh, sebab takut lari pulak design nya nanti..



Kit maggie ni berbeza dgn dimension kit yang pernah saya jahit sebelum ni... setiap simbol dlm chart ni, diulang sebanyak 4 kali dgn warna yang berbeza... so, kalau tengok chart, kena pastikan betul2 simbol tu kaler apa.. saya dah beberapa kali tersalah, tapi nasib baik sedar sebelum sempat jahit.... kalau nak jahit ni, harus jahit time kita fresh, kalau jahit masa ngantuk tu, memang cari nahas lah... hihi



Oklah, sambung citer lain pulak... Kain2 ni beli kat DComel.. saya tak pergi sana, just kirim kat kawan fb.. suka tengok corak2 kain cotton sekarang kan.. kalau dulu, corak yang selalu kita jumpa, corak bunga2 kecil dan warna pun masam2... tapi sekarang ni.. hmmmm... corak dan warnanya memang delicious... harga pun delicious jugak.. tapi still affordable nak banding dengan designer cotton.. nanti kita sama2 tunggu hasil drp kain2 ni ye.... :D



Friday, March 1, 2013

Maggie Update ~ 1stMarch



Hasil selepas 20hari (27Feb)... ok tak.. rasa macam dah banyak dah tu... dah nampak meja, alas meja.. dan barang2 yang berterabur atas meja tu...banyak betul guna benang hitam dlm pattern ni.. nasib baik suka! :)
Untuk pattern ni, saya mula dari bahagian tengah chart dan sambung kebawah belah kanan.. so,kiranya progress saya ni dah hampir suku.. ingatkan boleh penuhkan kotak2 di bawah tu sebelum 1 March, lupa pulak bulan Feb ada 28 hari je.. hehe..



Ni gambar Alisha masa birthday dia yg ke-dua, 14 Feb.. cepatnya masa berlalu.. dah besar dah budak kecik ni... dah pandai bercakap bahasa sendiri.. hehe... perkataan favourite dia, "ikung", nak suruh kita dukung la tu... kadang2 tengah2 malam dia suruh dukung sebelum tidur... kena lah ikutkan, kalau tak, kesian jiran sebelah tak boleh tidur malam dengar alisha menangis...

Best budak2 umur macam ni, diorang dah start nak bercakap... apa kita sebut, dia ikut... tapi satu perkataan yang kita ajar, tapi tak boleh nak lekat, bila suruh sebut susu...

Alisha sebut "asu", abg dia Haikal sebut "shishi" masa kecik2 dulu.. abg Aliff pulak lagi lah tak pahpa... sebut "aishte".. tak tau lah dari mana datangnya perkataan tu..hahaha.. lawaklah budak2 kecik ni... ni semua kenangan anak2 membesar... takkan dapat dilupakan sampai bila2... ^_^




Monday, February 18, 2013

Maggie the Messmaker

Hai.. Assalamualaikum...

Yeayy!! Kembali melaporkan projek cross stitch terbaru tahun ini... Ini ialah Maggie the Messmaker daripada Dimensions Gold Collection.. Cross stitch ni sebenarnya tempahan daripada rakan stitcher jugak, my beloved Qaseh Creation.. :)

Inilah kali pertama saya ambil tempahan cs yang besar dan rumit begini.. selalunya saya buat yang kecik2 je..   Saya memang teruja sangat nak jahit pattern ni, sbb tengok daripada gambar je dah tau yang ia sangat challenging, kan... lagipun saya memang suka jahit pattern Dimensions.. insyaallah, takde masalah...
geram tak tengok meow ni... dah buat sepah, lepas tu lepak camtu pulak.. macam puas hati dan bangga semacam je muka dia.. hehe 


Baru banyak ni je dapat saya jahit, hasil selama seminggu... saya cuba utk jahit setiap hari, dapat sikit pun takpe... Projek ni takde dateline, tapi kalau boleh nak cuba siapkan secepat mungkin... banyak lagi list projek yang menanti ni.. cewah!! Kain yang digunakan utk projek ni 18ct, so tak dapat lah nak jahit laju2.. mata pun dah agak kureng.. tapi so far, seronok jahit maggie ni sbb tak banyak tweeding (campur2 benang).. senang sikit kerja.... ok till next update.. saya plan nak update 3 kali sebulan, itupun kalau rajin lah... :))


Thursday, January 31, 2013

SAL Vege ~ the last three


Assalamualaikum dan hai....

Lamanya tak update blog...takde semangat langsung nak menulis, tapi project craft still jalan sikit2 walaupun tak semeriah tahun lepas... Ni haa.. SAL Vege dah siap sebenarnya pada 1 Januari lalu.. tapi disebabkan tak mencapai target utk siap sblm tahun baru, makanya rasa tak best nak upload.. haha.. Kalau ikutkan boleh siap, tapi last2 minit tak cukup benang... tu sebab tertunda tu...

The last three, broccoli, beets dan tomato... 5 lagi vege boleh tgk kat sini..
Akhirnya siap dah project SAL bersama kawan2 di Cross Stitch Lovers Group.. Ramai yang dah siap sebenarnya... Seronok jugak jahit beramai2 ni... kalau rasa kurang bersemangat, bila tgk kawan2 upload hasil masing2, naik semangat balik... Tahun ni, rasanya tak dapat join mana2 projek SAL kalau ada... sebab.. jeng jeng jeng.... kita cerita lain kali ye... dah ada progress nanti baru saya update kat sini...

So long for now.. Happy crafting everyone... ^_^







Saturday, January 5, 2013

Sewing Projects 2012




Cuma sepuluh je projek menjahit sepanjang 2012... sikitnya, kan... haha.. 2012 saya sangat sibuk dengan projek cross stitch.. dan menjahit sekali sekala sahaja.. tapi, yang bestnya, walaupun sikit, ada jugak ilmu yang ditimba.. dapat belajar teknik2 menjahit dgn betul.. dan setiap projek pun berbeza... insyaallah harapan tahun ni nak cuba jahit untuk diri sendiri pulak.. dah try sehelai dua tahun lepas tapi cuma projek trial je, segan nak upload... Alisha pun cepat besar and of course she needs new clothes... harap2 tahun ni mama lebih rajin dan bersemangat untuk menjahit.. kesian tengok mesin jahit tu dah lama ditinggalkan.. :)

Have a nice day everyone... Mood tengah ke laut skrg ni.. huhu