Friday, March 1, 2013

Maggie Update ~ 1stMarch



Hasil selepas 20hari (27Feb)... ok tak.. rasa macam dah banyak dah tu... dah nampak meja, alas meja.. dan barang2 yang berterabur atas meja tu...banyak betul guna benang hitam dlm pattern ni.. nasib baik suka! :)
Untuk pattern ni, saya mula dari bahagian tengah chart dan sambung kebawah belah kanan.. so,kiranya progress saya ni dah hampir suku.. ingatkan boleh penuhkan kotak2 di bawah tu sebelum 1 March, lupa pulak bulan Feb ada 28 hari je.. hehe..



Ni gambar Alisha masa birthday dia yg ke-dua, 14 Feb.. cepatnya masa berlalu.. dah besar dah budak kecik ni... dah pandai bercakap bahasa sendiri.. hehe... perkataan favourite dia, "ikung", nak suruh kita dukung la tu... kadang2 tengah2 malam dia suruh dukung sebelum tidur... kena lah ikutkan, kalau tak, kesian jiran sebelah tak boleh tidur malam dengar alisha menangis...

Best budak2 umur macam ni, diorang dah start nak bercakap... apa kita sebut, dia ikut... tapi satu perkataan yang kita ajar, tapi tak boleh nak lekat, bila suruh sebut susu...

Alisha sebut "asu", abg dia Haikal sebut "shishi" masa kecik2 dulu.. abg Aliff pulak lagi lah tak pahpa... sebut "aishte".. tak tau lah dari mana datangnya perkataan tu..hahaha.. lawaklah budak2 kecik ni... ni semua kenangan anak2 membesar... takkan dapat dilupakan sampai bila2... ^_^




14 comments:

  1. comelnya alisha.mmg anak anak umur sebegini amat menghiburkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... kalau boleh, tak nak diorang membesar

      Delete
  2. Wow...byk jgk progressnya...cayalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah... tgh semangat ni... :)

      Delete
  3. Hepi belated birthday alisha.. kejap je dah 2 thn kan.. rasa mcm baru je tgk gambar dia lepas pantang... hihihi...

    waaa.. dah byk dah.. tak lama lagi nmpka la mesin jahit singer tu..hihihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, macam tak caya je dah dua tahun... aman pun dah besar kan...:)

      tak lama lagi boleh mesin jahit tu, tapi nak tgk tulisan singer tu, kenalah tunggu hingga ke akhirnya.. hehe

      Delete
  4. adoiii..suka sangat tengok maggie update..cepatnya nisa jahit..happy belated besday to alisha..kejap sungguh masa berlalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak salmi, kat bawah tu byk half stitch.. tu yang cepat tu.. cepat ke?? hehe.. thank you for the wishes...

      Delete
  5. Waiya.. ini olang manyak cepat jahit cross stitch. Sudah banyak progress!
    Alisha dah besar! Makin sihat je, geram tengok. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. nmpk je mcm banyak... hehe
      aah yati.. cepat sungguh dia besar.. baju 2 dia kejap je dah tak muat... aduuuu

      Delete
  6. nisa
    progress yang sangat cepat, macam bulan depan boleh siap je...
    comelkan kalau budak2 baru belajar cakap pelat ..he he kak shima pun suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan depan? oh tidaaaakkk!!! tak mungkin kak shima... hehehe
      aah betul tu kak shima, pastu suara budak2 kecik ni pun best...

      Delete