Monday, January 31, 2011
Cheeky Monkey
Monkey alphabet ni utk Haikal, atau nama penuhnya Ali Haikal... Dia mintak buatkan sarung kusyen. Mula2 nak spell Haikal, tapi katanya 'nanti lambat siap, mama'... Macam tau2 je...Memang betul pun... Nampak mcm simple, tapi byk tukar benang... Saya jahit atas 11ct guna 3 strands benang... Dah lama tak guna kain lubang beso2 ni rasa takde mood nak jahit, tapi bila siap cantik jer... :)
Labels:
Cartoons
Thursday, January 27, 2011
Kokeshi Dolls
I haven't been stitching much lately, tak larat dan takde mood... CS ni dah lama siap...saya stitch lepas habis KD, tak decide lagi finishing nak buat apa... Buat keychain boleh kot, sbb kecik je, saya jahit atas 18ct...
Friday, January 21, 2011
Forever Friends lagi...
Sesuai tak utk Wedding Sampler? Simple tapi cute kan....
This fabulous design is from World of Cross Stitching Magazine Jan issue...
Labels:
Cartoons
Wednesday, January 19, 2011
Benang oh Benang
Semua dah tau kan, benang DMC dah naik harga dari RM1.50 ke RM1.80 satu skein. Manjang je naik harga kan... Lepas ni khabarnya harga kain2 DMC pun akan naik jugak... Baru je beli benang2 Anchor ni dan harganya tak berubah, masih lagi RM1.30 satu.
Monday, January 17, 2011
Nelson and Tibbs
Projek pertama selepas habis Autumn ialah melayan kehendak anak2. Of course this one is for Aliff... Bila tanya kat Haikal, abg nak tak? Dia menyepi je... pandang sebelah mata... tak nak lah tu... Dah lama nak buat pencil case ni, tapi.... ehem tau2 jelah... Satu malam je nak jahit pencil case ni... tupun bila break kejap ada pulak 'supervisor' datang check... dah siap dah? Belum... sempat jugak dia komen blanket stitch yang tak perfect tu... 'Kenapa mama jahit ada besar ada kecik?' Mama tak berapa pandai sangatlah....hehe
Boring bila budak2 pergi sekolah, tambahan pulak sekarang saya dah tak hantar diorang ke sekolah, naik bas je... Pergi pukul 7 pagi, balik 7 petang... Balik rumah jap tengah hari, salin baju... Kesian jugak kat diorang kadang2... Malam kena buat homework lagi... Takpelah... kita dulu2 pun camtu jugak kan...
Labels:
Cartoons
Monday, January 10, 2011
SAL Autumn Update
Tinggal backstitch je yang belum jahit... Simpan dulu...Suka sangat pattern ni compared to Spring and Summer... Dah habis ni, mcm tak tau pulak nak jahit apa... Saya lebih suka jahit big designs drpd buat yang kecik2 coz it keeps me occupied. Kalau jahit yg kecik2 cepat boring.... Nak sambung Winter ke? Tengoklah dulu ye... :)
Labels:
SAL
Tuesday, January 4, 2011
First Day at School
Rasa lonely sangat bila dua-dua dah sekolah... Aliff dah masuk sek rendah tahun ni... Bermakna takde sape nak temankan mama kat rumah, at least sampai dapat baby baru... Sunyinya.... Hari pertama Aliff sekolah, tak lah risau sangat berbanding masa Haikal sekolah dulu... Sbb Aliff ni jenis independent, even masa tadika dulupun, hari pertama takde masalah langsung... Elok je sampai kat tadika, dia suruh mama ngan ayah balik, tak kasi tunggu... tak pernah nangis pun kat sekolah... cuma risau sikit cam mana dia nak beli makanan kat kantin... murid2 ramai sangat... tahun satu pun sampai 8 kelas... Pagi, sekolah kebangsaan, petang pulak sek rendah agama... Tak dapat spend time lama2 mcm dulu lagi... Agak2nya lepas ni Aliff nak suruh mama jahitkan cs lagi tak utk Aliff? Mama selalunya tak layan sangat... Kesian Aliff...huh ^^
Setahun mintak, baru jahit... kena tunggu berbulan2 utk finishing pulak... siannya...
Mama pernah buat fish ni jadi pincushion sampailah satu hari Aliff tegur, kenapa mama cucuk jarum kat fish tu.... kesian dia.... Oklah, sorry...
Walaupun pattern father's day, ni Aliff punya... janji ada gambar fish...
Keberatan sgt nak jahit fish ni... sbb tak comel.... huhu
Subscribe to:
Posts (Atom)