Friday, April 19, 2019
Pengalaman Shopping Daripada Amazon
Alhamdulillah akhirnya saya dapat jugak parcel yang saya beli dari Amazon. Walaupun trauma masih ada saya harap boleh move on.. hahaha.. Sebenarnya shipping dari US ke Malaysia sangat pantas. Saya order 2 hb Apr dan barang saya sampai kat PJ pada 8hb Apr. Yang jadi masalahnya nak tunggu delivery dari PJ ke Semenyih.. it takes forever! Untuk info Amazon menggunakan khidmat courier Aramex untuk shipping barang. Ni first time saya dengar nama courier ni. Bila saya google je Aramex, Ya Allah.. seram gile terlalu banyak bad reviews ok.. memang ngeri sangat saya baca. So because of that saya dah ada letak worst expectations terhadap delivery barang saya. Tunggu punya tunggu sekali 13hb April status kat tracking kata out for delivery. Kita ni tunggulah bagai nak rak kat rumah. Nak pergi dapur ke bilik air pun takut2.. takut tak dengar diorang datang..
Seharian tunggu tak jugak kunjung tiba.. So hari Isnin 15hb saya call Aramex dia kata puan tunggu je sampai pukul 6.. hari ni ada delivery.. Tapi hampa.. Keesokannya saya call lagi. Kali ini baru saya tahu rupanya barang saya diambil oleh Nationwide Express untuk deliver kat saya. Meaning Aramex sub kepada third party untuk hantar. Nationwide call saya dan kata barang dah ada kat Semenyih, puan tunggulah untuk delivery. Nothing. Begitu jugak pada keesokan harinya.. Sedih saya tau... Tunggu punya tunggu.. kalau tak boleh hantar cakap je lah kan.. Saya tunggu lagi keesokannya hari Khamis 18hb.. sampai pukul 3 petang takde datang2 jugak.. waktu tu saya dah give up dah.. malas dah nak tunggu..
Tiba2 saya dapat panggilan daripada Nationwide, dia kata boss dia suruh call pastu dia tanya puan urgent ke nak barang ni sbb kitorang tak boleh hantar hari ni.. Saya pun kata takpe saya ambik sendirilah.. Kebetulan office diorang dekat je dgn rumah saya.. 10 minit je.. bayangkan.. kalau diorang call bagitau awal2 lagi dah lama saya pergi ambik! Sampai sana diorang bagi saya cuma satu parcel..(hoop) sahaja. Saya kata saya ada dua parcel. Diorang kata tak boleh cari sebb takde tracking number. So saya baliklah dengan perasaan hibanya huu... Call balik Aramex diorang kata barang saya sesat kat Shah Alam..Hmmm terus saya rasa down..Time tu saya cuma tawakal je pada Allah mintak permudahkan urusan.. Kemudian tak lama lepas tu Nationwide Semenyih call lagi, dia kata puan saya dah jumpa barang puan. Sebenarnya dia tengah cari barang orang lain.. tiba2 ternampak nama saya kat parcel... Masa tu entahlah tak tahu nak cakap apa.. Saya pergi kat office tu sekali lagi.. Nasib baiklah dekat je.
Walaupun saya dapat jugak barang2 yang saya order tu, tapi saya dah takde perasaan excited lagi. Keseronokan membeli belah tu dah dimatikan oleh perkhidmatan courier yang tak profesional.. So, adakah saya akan membeli dari Amazon lagi.. Tidak buat masa sekarang dan mungkin untuk satu jangka masa yang lama.. Atau saya akan beli tapi guna perkhidmatan courier yang lebih dikenali dan lebih efisien.
Subscribe to:
Posts (Atom)