Kain kat atas ni adalah Pretty Little Things daripada Dena Designs.. saya pilih kaler terang.. utk budak kecik tu.. memang cantik.. saya paling suka yang kiri sekali...corak paisley..
Yang ni semua design2 lama... susah nak cari, tapi dah jumpa ni, rembat je lah...:) beli sikit2 je, 1 meter je.. tapi nak ikutkan kalau setakat 1 m, tak banyak pilihan pattern dress yang boleh dibuat.. boleh buat A line dress ataupun top.. kalau skirt kembang2 ni mmg tak dapatlah...
So, aktiviti lepas raya, sambung balik OS.. sambil2 tgk rancangan raya kat tv tu..Saya dah start jahit part2 yang agak mencabar, jahit sikit2 je setiap hari supaya tak rasa tension sangat.. hehe
Halfstitch pun bermula.. 1 strand, warna benang sama dgn warna kain.. camne tu? buat sikit je dah pedih mata uuu... tapi, kali ni saya tak terkejut lah sebab dah pernah buat sebelum ni... kena banyakkan sabar je...
Cabaran kedua, halfstitch 5 strand.. Last project, saya memang struggle buat ni.. mau tak.. tebal benang tu, susah nak muat kat jarum saiz 28.. saya cuba tukar jarum saiz besar, tapi bila jahit jadi lubang2 yang sangat obvious pada kain.. tapi kali ni.. alhamdillah ok... takde effect langsung pada kain.. dan saya tahu kenapa... sebab kit ni adalah keluaran baru, manakala kit yang saya beli dulu adalah keluaran 10 tahun lepas, kain pun dah lembik / lusuh... so, kalau kawan2 nak beli kat ebay, make sure keluaran yang baru, senang sikit nak jahit..
Jahit guna metallic thread.. tips nya kena tarik benang slow2, lemah gamalai dan seolah2 anda perempuan melayu terakhir dan kena rajin tengok belakang, takut tak tarik habis... walaupun saya tak suka jahit guna benang ni, tapi result dia... tersangat menyerlah... so tulah dia, part2 yang agak mencabar... Satu lagi cabaran ialah dgn sikecik Alisha tu, skrg ni dia pantang tgk mama pegang cs.. mula lah buat perangai, mula2 buat manja2 lah, nak peluk lah.. bila tak layan, terus dia bagi arahan suruh letak cs.. sambil menjerit, nangis2.. bukan apa pun, sekadar nak lepak atas riba mama dia je... hmmm... layan jelah... :D
Ok semua.. thanks for reading... :)