Hai.. Assalamualaikum...
Yeayy!! Kembali melaporkan projek cross stitch terbaru tahun ini... Ini ialah Maggie the Messmaker daripada Dimensions Gold Collection.. Cross stitch ni sebenarnya tempahan daripada rakan stitcher jugak, my beloved Qaseh Creation.. :)
Inilah kali pertama saya ambil tempahan cs yang besar dan rumit begini.. selalunya saya buat yang kecik2 je.. Saya memang teruja sangat nak jahit pattern ni, sbb tengok daripada gambar je dah tau yang ia sangat challenging, kan... lagipun saya memang suka jahit pattern Dimensions.. insyaallah, takde masalah...
geram tak tengok meow ni... dah buat sepah, lepas tu lepak camtu pulak.. macam puas hati dan bangga semacam je muka dia.. hehe
Baru banyak ni je dapat saya jahit, hasil selama seminggu... saya cuba utk jahit setiap hari, dapat sikit pun takpe... Projek ni takde dateline, tapi kalau boleh nak cuba siapkan secepat mungkin... banyak lagi list projek yang menanti ni.. cewah!! Kain yang digunakan utk projek ni 18ct, so tak dapat lah nak jahit laju2.. mata pun dah agak kureng.. tapi so far, seronok jahit maggie ni sbb tak banyak tweeding (campur2 benang).. senang sikit kerja.... ok till next update.. saya plan nak update 3 kali sebulan, itupun kalau rajin lah... :))