Hadiah hari guru tahun ni, kad ucapan bercross stitch.. Takde idea dah nak bagi hadiah apa.. Ni hadiah abang untuk cikgu2nya, satu utk cikgu sek kebangsaan dan satu lagi untuk ustaz sekolah agama.. Adik pulak tak nak bagi kad, dia nak bagi mug.. Pada awalnya saya nak buat keychain, tapi penyakit M dah bersarang, end up buat kad je... kad shining tu adalah free gift majalah cross stitch, siap ngan envelope sekali.. kira oklah tu..
Last week saya terbaca post kat fb yang suggest kalau bagi hadiah kat cikgu, janganlah bagi hadiah dua ringgit.. bagilah yang mahal sikit.. lepas tu ada mcm2 reaksi terhadap pandangan tersebut.. Pada saya, tak kisahlah, ikut kemampuan parents lah kan.. yang penting ingatan murid kat cikgu tu... Sebab tu setiap tahun saya bagi handmade gift utk cikgu2, sesuatu yang tak boleh dinilaikan dengan wang.. Seingat saya, masa sekolah dulu, cikgu2 yang selalu bagi hadiah kat anak murid.. saya cuma bagi hadiah kat cikgu2 bila tukar sekolah je.. sekali lepas SRP dan sekali lepas SPM.. Masa tu belum jadi kebiasaan bagi hadiah kat cikgu kot.. Lagipun budak asrama kan, bukannya banyak duit dan susah nak keluar shopping. Namun begitu, hadiah paling besar yang boleh kita bagi kat cikgu ialah cemerlang dalam pelajaran.. Itu dah cukup untuk gembirakan hati guru dan menunjukkan apresiasi kita pada cikgu...
Selamat Hari Guru xxx
Cute kad2 tu... saya dulu zaman sekolah byk bg hadiah kek comel2 kat cikgu.. x pun bagi bunga... hihi
ReplyDeletemula2 terpikir jugak nak bagi kek.. tapi kalau bagi kek masuk lam perut.. hahaha... tapi cikgu2 tak kisah sebenarnya bagi apa pun.. anak akak pernah bagi gula2 sebijik kat cikgu sebab tertinggal hadiah kat rumah.. dia kata cikgu dia gelak je.. hihi
Deletecomel2 je pattern tu...suka-suka... ;)
ReplyDeleteTahun ni baru saya start bg hadiah kat teacher2 di tadika... :)
tenkiu2.. lepas pantang alisha dulu akak jahit pattern kecik2 ni..butterfly tu mcm2 colour.. comel... hadiah ina best jugak... cikgu2 tu mesti suka.. :)
DeleteCantik kad hari guru kak Nisa buat.
ReplyDeleteYati setuju dengan cakap kak Nisa.(last paragraph). Sebab dulu Yati pernah bagi barang handmade dan antaranya felt keychain sebagai exchange gifts, bole orang tu kata, ala.. keychain je. Huhu.. sedih, dia tak tau kita kerat benda tu dengan gunting kecik bagi kemas, jahit, etc. Bukan semua orang appreciate hadiah handmade ni, kak.