Thursday, May 23, 2013

Hadiah Hari Guru




Hadiah hari guru tahun ni, kad ucapan bercross stitch.. Takde idea dah nak bagi hadiah apa.. Ni hadiah abang untuk cikgu2nya, satu utk cikgu sek kebangsaan dan satu lagi untuk ustaz sekolah agama.. Adik pulak tak nak bagi kad, dia nak bagi mug.. Pada awalnya saya nak buat keychain, tapi penyakit M dah bersarang, end up buat kad je... kad shining tu adalah free gift majalah cross stitch, siap ngan envelope sekali.. kira oklah tu..

Last week saya terbaca post kat fb yang suggest kalau bagi hadiah kat cikgu, janganlah bagi hadiah dua ringgit.. bagilah yang mahal sikit.. lepas tu ada mcm2 reaksi terhadap pandangan tersebut.. Pada saya, tak kisahlah, ikut kemampuan parents lah kan.. yang penting ingatan murid kat cikgu tu... Sebab tu setiap tahun saya bagi handmade gift utk cikgu2, sesuatu yang tak boleh dinilaikan dengan wang.. Seingat saya, masa sekolah dulu, cikgu2 yang selalu bagi hadiah kat anak murid.. saya cuma bagi hadiah kat cikgu2 bila tukar sekolah je.. sekali lepas SRP dan sekali lepas SPM.. Masa tu belum jadi kebiasaan bagi hadiah kat cikgu kot.. Lagipun budak asrama kan, bukannya banyak duit dan susah nak keluar shopping. Namun begitu, hadiah paling besar yang boleh kita bagi kat cikgu ialah cemerlang dalam pelajaran.. Itu dah cukup untuk gembirakan hati guru dan menunjukkan apresiasi kita pada cikgu...

Selamat Hari Guru  xxx



Sunday, May 19, 2013

Friendship Sampler



Ini adalah WIP saya yang terakhir sebelum saya memulakan Maggie The Messmaker.. Nama pattern ni Friendship Sampler by Joan Elliots (JE).. Saya memang minat pattern2 JE.. kebanyakannya cantik2 dan pada saya dia memang bijak bermain dgn warna benang.. Tapi, saya tak banyak jahit pattern JE.. Ini baru cubaan yang kedua.. sebabnya saya rasa pattern dia agak complicated.. saya jahit ni pun tension2 tau.. asyik salah kira je.. tu yang akhirnya terhasil gridding (yg comot tu) utk memudahkan baca chart.. still rasa susah jugak, last2 saya jahit ikut kotak 10x10.. baru lega.. phewww.. Entah bila nak sambung balik, tunggu Maggie siap dulu kot... hehe



Thursday, May 2, 2013

Maggie WIP Update 2nd May


Alhamdulillah siap jugak full cs dan half stitch... cantik, kan... tapi byk lagi details yang hanya akan menyerlah bila dah buat backstitch... tak sabar saya nak tengok lace alas meja tu... hehe tak sabar nak tgk tu, bukan nak buat...

Selepas Maggie update yang sebelum ni, saya tak sihat.. demam selama seminggu... seminggu tak sentuh cs, jeling je dari jauh... nak angkat jarum pun tak larat... rasa berat sangat kepala, pening2... tak tau nak buat apa, last2 gunting rambut baru lega... huhu.. Lepas tu, apa lagi.. pulun kaw2 nak habiskan Maggie ni... benang2 berselirat, dah tak larat nak tengok.. hari ni baru siap sepenuhnya... rasa lega sangat... phewww!

Cabaran selepas ni ialah backstitch yang berjela2... byk bs utk project ni, tak tau nak start dari mana... tapi mcm biasalah, saya kena tunggu mood bs datang baru boleh start... jahit ni tak boleh dipaksa2, kan... hehehe

In the meantime, rasa macam nak jahit sesuatu yang cute.. dan nak main jahit2 baju.. yang penting nak rilek dulu dari maggie.. dua bulan setengah saya dok hadap kucing comel ni je.. lepas ni boleh tengok2 WIP lain... tengok je.. saya pun tak pasti kat mana saya simpan.. kalau saya jumpa nanti saya update kat sini...

Thanks for stopping by dan Selamat Mengundi pada semua... Insyaallah pilihlah dgn bijak utk masa depan kita bersama.. ^^